n3 kali ini saya ingin berkongsi sedikit cerita hasil dari pembacaan saya melalui buku SOLUSI...
cerita ini saya khususkan khas buat seorang SAHABAT..dan sape2 jela yg baca n3 ni ok..
ADA seorang petani yang mempunyai bebrapa ekar tanah sawah yang luas. Dengan duit simpanannya, petani tersebut telah membuat sebuah pinjaman dari bank untuk membeli sebuah traktor pembajak sawah..
so, kerja dah jadi mudah. Tapi, ada masalah lain pula yang timbul. tiap kali petani tersebut membajak sawah, pasti ada bilah tajak yang ada kat traktor tu patah. puncanya satu iaitu kat tengah-tengah tanah sawah tu ada sebiji batu yang sangat besar.
lepas 2 tahun, isteri petani tu cadangkan kat suaminya agar batu tersebut dialihkan. Jadi, petani tu pun kembali turun ke bendang. Dia pun dok tengok lama-lama batu tu. akhirnya dia ambil sebatang kayu untuk test kedalaman kapak tu. Dia menuil batu tersebut..punya lah terkejut petani tersebut bila mendapati kedalaman batu itu hanya kira2 5cm jer. walaupun batu tersebut kelihatan besar, hakikatnya ianya nipis
petani itu kembali dan membawa sebilah kapak. dia ketuk batu tu. lepas 3 kali ketuk, batu tersebut pecah kepada beberapa keping kecil.....LAA...SENANG RUPANYA NAK PECAHKAN BATU NI..
PENGAJARANNYA...=)
manusia sering memandang masalah kecil sebagai satu masalah(kalau masalah kita besar..ada org yang lagi besar masalahnya dari kita...TUHAN xkan uji hambanya melainkan dengan mengetahui kemampuan hambanya sendiri). Malah sering berhadapan dengan masalah yg sama kerana tak yakin mampu menyelesaikannya. Hakikatnya....
KEMAMPUAN DAN POTENSI MANUSIA MENYELESAIKAN MASALAH ITU LEBIH BESAR DARIPADA MASALAH YANG WUJUD....
:)
ReplyDelete