Tuesday, 6 September 2011

MAHRAM @ MUHRIM...(apa bezanya???)

sekadar perkongsian hasil daripada pembacaan....


Penggunaan perkataan MAHRAM dan MUHRIM macam dah jadi benda yang sama...
kebanyakannya menganggap bahawa MAHRAM dan MUHRIM membawa maksud yang sama iaitu "orang yang haram dinikah"


pernah juga dengar orang kata muhrim tu salah orang tak guna yang betulnya mahram...
tapi dari segi makna..(asal kata dari bahasa arab)


MUHRIM : orang yang sedang berihram haji atau umrah
   *Ihram ni ialah salah satu daripada rukun atau perkara yang perlu dilakukan ketika mengerjakan haji/umrah 


MAHRAM : orang yang haram dikahwini atas sebab perkahwinan, nasab keluarga(hubungan keluarga) dan susuan.


contohnya : 
PERKAHWINAN : menantu dengan bapa mertua
NASAB KELUARGA : ayah, ibu, adik beradik, nenek, 




MAHRAM pula beza dengan AJNABI....


apa pula lah AJNABI ni kan...=)


AJNABI ialah lelaki atau wanita yang boleh dikahwini...
orang sekarang cakap BUKAN MAHRAM....
sama lah tu maknanya AJNABI dengan BUKAN MAHRAM...




ok...=)
setakat ni perkongsian dari saya...
kalau tersilap tegur2 lah ea...
sama2 kte berlajar..

2 comments:

  1. bagus....=)

    ni la yg kte tau..nnti klo de pe2 pertambahan @ pmbtulan...
    i will tell u beb..hehehe...<'.'>

    ReplyDelete