Saturday, 5 March 2011

Ilmu....

Pada zaman Rasulullah saw, terdapat seorang buta iaitu Abdullah Bin Ummi Maktum dtg bertemu Rasulullah untk bertnyakn sesuatu kpd baginda. Ketika itu baginda sedang menyampaikan dakwahnya kepada pembesar2 Quraisy...Rasulullah tdk mengendakan org buta tersebut dengan memalingkn mukanya dan terus berdakwah kepada pembesar Quraisy tersebut..ini kerana Rasulullah menganggap jika Rasulullah berjaya menarik pembesar Quraisy memeluk islam maka mudah bagi agama islam utk tersebar luas.....tetapi Allah menerangkan bahawa hanya Allah yang berkuasa utk memberikn hidayah dan petunjuk kepada siapapun hambanya...sebagai manusia, kte hnya mampu berusaha dan berusaha untuk menyampaikan dakwah..........maka Allah menurunkn surah A'basa bg menegur sikap Rasulullah yang tidak menghiraukan pertanyaan org buta tersebut....

Melalui cerita ini saya hnya ingin mengatakan bahawa apabila dtg seseorg kpd kte utk menuntut ilmu atau bertanyakan sesuatu, kte perlu melayannya dengan baik...apabila seseorg itu bertanya, ini bermakna dia mempunyai inisiatif utk belajar....sbgi seorg yg mempunyai ilmu walaupun sedikit, kte perlu memberikan penjelasan yg semampu habis...kte tdk boleh memandang semua org tahu apa yang kita tahu TAPI jangan kita ingat semua benda kte tahu dan boleh merendah-rendahkn org lain....kdg2 kte rse kte da fhm sesuatu ilmu 2....tp mungkin pd mse2 trtentu kte akan teruji dengan ilmu yang kita ada 2...

Hari ini saya mendapat satu pengalaman dan secara x langsung setelah sye berfikir balik....walaupun kte sudah mengetahui sesuatu ilmu itu...apabila ditnya dan disoal bertubi-tubi seakan-akan timbul satu perasaan ragu2 ataupun was2 untuk menjawabnya.............saya terfikir...KENAPA PERLU RASA RAGU2...setelah direnung2...sye mendapat jwpnnya...saya hnya mendalami ilmu tersebut secara asasnya sahaja tanpa mengetahuinya secara akar umbi...di samping itu, ilmu yang ada tidak diamalkan sepenuhnya....bila difikirkan balik terasa seperti malu utk berhadapan dengan Allah...betapa jahilnya diri dan betapa ceteknya ilmu Allah didada.....

Setiap ilmu yang diperolehi perlu diamalkan dengan sebaik mungkin walaupun SEDIKIT....setiap perkara yang dilakukan tanpa ilmu ibarat seperti seorang hamba yang melakukan setiap suruhan majikannya tanpa mengetahui tujuannya......ianya SIA-SIA sahaja...

Tuntutlah ilmu dimana sahaja....jgn simpan ilmu yang dimiliki seorg diri dan layanlah setiap pertanya org yg ingin belajar dengan sebaik mungkin walaupun mungkin org yang bertanya kelihatan seperti tidak mengetahui apa2....itu kerana dia ingin belajar....belajar lah.... 



No comments:

Post a Comment