Tuesday, 8 March 2011

Way Of Life....

Kte selalu dengar org ckp.."Islam is the way of life"..tp sejauh mne kte amalkan...ckp mmg mudah, nk buat tnyela dri sndiri....mampu ke x?? Sebagai org islam knpa kte sndri yg bnyk mengeluarkan kata2 atau statment sperti org x tau agama...klo kte sndiri yg x mengamalkannya, sapa lagi yg nk amalkannya...x kn nk srh org bukan islam kot..

Adakah islam hanya diamalkan di SURAU shj...??? knpa perlu jumudkn pemikiran?? Allah telah menetapkan satu  cara hidup yg cukup sempurna dan bersesuaian dengan fitrah dan keperluan kte...sdgkn nk msk tandas pun Allah telah menggariskan caranya...tengokk...betapa sempurnanya agama islam..

Adakah disebabkan kte mengamalkan islam, maka kte dilihat sbgi agak kuno...knpa perlu smpitkan fikiran dengan beranggapan bhwa org yg belajar agm shj yg perlu menutup aurat atau memahami agama??.. Bukankah belajar agama dan menutup aurat 2 mmg tanggungjwb kte...x kira la apa pun yg kita lakukan..

Moga2 dipermudahkan dan dikuatkan iman kte untuk menjadikan islam sebagai cara hidup kte...jgn malu dengan islam...klo x tau blajar (mne2 pun bley..bkn kt srau atau msjid je)...jgn kdkut ilmu...hehe

Monday, 7 March 2011

KOIR KANAK2 AUTISTIK- pnddkn khas

amik dr blog kelas..hehe (special education)


BARISAN kanak-kanak autistik menghiburkan audiens dengan persembahan mereka.



KANAK-KANAK autistik sering ditafsir sebagai individu yang mempunyai tingkah laku yang sukar untuk berinteraksi dengan orang lain termasuk ibu bapa mereka.
Walaupun mereka bukan tergolong dalam kelompok yang hilang pendengaran, namun mereka seakan-akan tidak mendengar dan tidak memahami apa yang diperkatakan kepada mereka. Mereka juga dikatakan hidup dalam dunia yang tersendiri. Ramai antara mereka langsung tidak tahu bertutur atau jika boleh pun pertuturan mereka sukar difahami.
Tafsiran umum itu mungkin boleh berubah jika orang ramai bertemu dengan kumpulan koir Kidzcare. Kumpulan koir yang terdiri daripada 25 orang kanak-kanak autistik itu mampu menghiburkan seramai 800 audiens yang hadir ke Dewan Filharmonik Petronas di Kuala Lumpur.
Barisan kanak-kanak yang dalam persalinan kemeja-T putih dan seluar trek itu mengatur langkah bersahaja manakala ada yang membuat aksi lucu sehingga gelak ketawa penonton menyelubungi dewan besar tersebut.
Apabila tenaga pengajar kumpulan koir, Brian John Yim memberi isyarat untuk memulakan nyanyian, dengan penuh semangat kanak-kanak autistik itu membuat persembahan koir dan mendapat tepukan serta sorakan gemuruh para audiens.

ROSMAH (dua dari kanan) memberi sokongan kepada Kidzcare.


Sungguhpun dilahirkan kurang sempurna namun ia bukanlah alasan untuk mereka tidak melakukan sesuatu yang terbaik kepada diri sendiri dan kaum keluarga masing-masing.
Menurut Pengasas Kidzcare, Mike Plascow muzik merupakan sejenis terapi berkuasa yang mampu membuat seseorang gembira, sedih, teruja dan berkhayal. Menggunakan terapi yang sama Kidzcare ingin menyinari kehidupan kanak-kanak istimewa yang memerlukan perhatian dan kasih sayang masyarakat umum.
Ekoran itu, Plascow dan beberapa rakan karibnya mengasaskan Kidzcare untuk membantu kanak-kanak istimewa dan insan-insan yang kurang bernasib baik. Sebagai inisiatif sulung, badan bukan kerajaan itu telah membuat keputusan membantu kanak-kanak autistik dan ibu bapa mereka di sekitar Kuala Lumpur.
Dengan kolaborasi bersama Persatuan Autistik Kebangsaan Malaysia (NASOM) mereka menubuhkan kumpulan koir kanak-kanak autistik yang pertama di negara ini. Memandangkan kanak-kanak tersebut secara semula jadinya sukar berinteraksi, berkomunikasi dan tahap konsentrasi yang rendah maka pihak NASOM ragu-ragu terhadap idea berkenaan.
"Namun tunjuk ajar pemain piano, Brian John Yim dan bantuan tenaga pengajar dari NASOM akhirnya berjaya melatih kanak-kanak ini membuat persembahan koir.
"Bagi melatih dan mendisiplinkan mereka pelbagai alat seperti gelung digunakan supaya mereka mudah mengikut setiap arahan dengan tepat tanpa banyak kerenah," kata Plascow pada majlis perasmian Kidzcare di dewan tersebut. Majlis itu dirasmikan oleh Wanita Pertama Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor.



SHARIFAH ALEYAH (kiri) turut teruja menyaksikan persembahan piano Zheng Wei (tengah) bersama ibunya.


Katanya, berlaku senario apabila ramai yang tidak peka tentang autistik dan kekurangan penyebaran informasi terutama di selatan dan timur Malaysia. Beliau juga akan melancarkan laman web khas yang mengandungi pelbagai informasi seperti senarai nama, talian, senarai hospital, doktor dan lain-lain lagi.
Dalam pada itu, sebanyak empat buah lagu telah dipersembahkan untuk tontonan audiens. Sementara artis undangan seperti Jaclyn Victor dan Joanne Yeoh turut membuat persembahan sebagai tanda sokongan kepada Kidzcare.


Saturday, 5 March 2011

Ilmu....

Pada zaman Rasulullah saw, terdapat seorang buta iaitu Abdullah Bin Ummi Maktum dtg bertemu Rasulullah untk bertnyakn sesuatu kpd baginda. Ketika itu baginda sedang menyampaikan dakwahnya kepada pembesar2 Quraisy...Rasulullah tdk mengendakan org buta tersebut dengan memalingkn mukanya dan terus berdakwah kepada pembesar Quraisy tersebut..ini kerana Rasulullah menganggap jika Rasulullah berjaya menarik pembesar Quraisy memeluk islam maka mudah bagi agama islam utk tersebar luas.....tetapi Allah menerangkan bahawa hanya Allah yang berkuasa utk memberikn hidayah dan petunjuk kepada siapapun hambanya...sebagai manusia, kte hnya mampu berusaha dan berusaha untuk menyampaikan dakwah..........maka Allah menurunkn surah A'basa bg menegur sikap Rasulullah yang tidak menghiraukan pertanyaan org buta tersebut....

Melalui cerita ini saya hnya ingin mengatakan bahawa apabila dtg seseorg kpd kte utk menuntut ilmu atau bertanyakan sesuatu, kte perlu melayannya dengan baik...apabila seseorg itu bertanya, ini bermakna dia mempunyai inisiatif utk belajar....sbgi seorg yg mempunyai ilmu walaupun sedikit, kte perlu memberikan penjelasan yg semampu habis...kte tdk boleh memandang semua org tahu apa yang kita tahu TAPI jangan kita ingat semua benda kte tahu dan boleh merendah-rendahkn org lain....kdg2 kte rse kte da fhm sesuatu ilmu 2....tp mungkin pd mse2 trtentu kte akan teruji dengan ilmu yang kita ada 2...

Hari ini saya mendapat satu pengalaman dan secara x langsung setelah sye berfikir balik....walaupun kte sudah mengetahui sesuatu ilmu itu...apabila ditnya dan disoal bertubi-tubi seakan-akan timbul satu perasaan ragu2 ataupun was2 untuk menjawabnya.............saya terfikir...KENAPA PERLU RASA RAGU2...setelah direnung2...sye mendapat jwpnnya...saya hnya mendalami ilmu tersebut secara asasnya sahaja tanpa mengetahuinya secara akar umbi...di samping itu, ilmu yang ada tidak diamalkan sepenuhnya....bila difikirkan balik terasa seperti malu utk berhadapan dengan Allah...betapa jahilnya diri dan betapa ceteknya ilmu Allah didada.....

Setiap ilmu yang diperolehi perlu diamalkan dengan sebaik mungkin walaupun SEDIKIT....setiap perkara yang dilakukan tanpa ilmu ibarat seperti seorang hamba yang melakukan setiap suruhan majikannya tanpa mengetahui tujuannya......ianya SIA-SIA sahaja...

Tuntutlah ilmu dimana sahaja....jgn simpan ilmu yang dimiliki seorg diri dan layanlah setiap pertanya org yg ingin belajar dengan sebaik mungkin walaupun mungkin org yang bertanya kelihatan seperti tidak mengetahui apa2....itu kerana dia ingin belajar....belajar lah....